Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahirahmanirrahim,

Selamat berkunjung diucapkan kepada para pengunjung blog ini. Sebagai madah bicara dan pembuka kata, dengan rasa tawaduk penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung sekalian. Memang diakui bahawa blog ini bersifat sederhana dari segi keilmiahannya, namun penulis percaya sekurang-kurangnya ia akan dapat membuka mata dan mengembangkan minda para pengunjung sekalian kerana di dalamnya mengandung pelbagai informasi mahupun pengetahuan yang dikongsikan oleh penulis sendiri. Pengongsian ilmu ini tumbuh daripada kesedaran penulis sebagai seorang manusia yang bergelar insan yang mendahagai ilmu. Ilmu pengetahuan yang begitu luas perlulah diterokai oleh segenap lapisan masyarakat seperti pujangga, pengembara ilmu, pengkaji dan seumpamanya. Di samping itu, blog ini senghaja dibuat untuk mendedahkan diri penulis yang selama ini hanya menjadi permata yang di timbuni pasir dan rumput. Permata yang tidak diketahui keberadaanya. Ia bukanlah bermaksud untuk mencari populariti diri penulis, namun ia seolah-seolah menjadi wadah interaktif yang boleh menghubungkan diri penulis kepada khalayak di luar sana. Selain itu, blog ini dijadikan wadah penulis yang berjinak-jinak menjadi penulis, penyair dan pengkritik zaman umumnya dan pengkritik sastera khusunya. Pendek kata, bagi penulis, blog ini menjadi tempat penulis berlatih berkarya.
Blog ini menyajikan beberapa laman; Cambahan Minda, Luahan Hati Nurani: Sajak, Refleksi Warna Kehidupan: Cerpen, Pewajaran Akal Fikir: Kritikan Sastera dan Di Belakang Kotak Fikir: Rencana Umum. Kesemua laman ini mengandung maklumat dan ilmu pengetahuan yang dikongsikan oleh penulis kepada para pengunjung sekalian. Antara karya fiksi dan bukan fiksi (kreatif) senghaja diasam-garamkan oleh penulis kerana penulis yang memiliki pengetahuan mengenai kesusasteraan baik fiksi mahupun bukan fiksi.
Akhir kalam, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada laman-laman sesawang yang menyediakan segala reka bentuk blog ini. Di samping itu, sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung sekalian kerana tanpa kalian siapalah saya, tanpa pembaca siapalah penulis, tanpa rakyat siapalah raja. Hubungan di antara khalayak dan penulis perlulah erat, semata-mata untuk beribadah kepada tuhan Yang Maha Esa yang mengurniakan akal dan fikiran kepada sekalian manusia. Dialah yang mengurniakan segala-galanya kepada kita. Dialah mengurniakan pengetahuan kepada kita dan Dialah yang mengurniakan bakat kepada para penulis. Oleh yang demikian, penulis merasakan sudah menjadi tanggungjawab penulis untuk mengongsikan ilmu yang dimiliki. Dewasa kini pelbagai kaedah kita untuk mengongsikan pengetahuan kita kepada masyarakat. Pengongsian pengetahuan melalui blog merupakan salah satu cara yang relevan di era ini.
Sekian Wallahua’lam

A.Amin Jamaluddin
2010
Sg Buloh